It is super-tiring to write in here again and, if only blogger allows me to voice note everything, I guess life is all set. Gitu. Baru tercapai wawasan 2020. Tak ada kereta terbang, voice note dalam blogger pun jadi LOL
Dah 2019, bila google tajuk atas masih kosong. Ya, saya faham perasaan memberontak ingin tahu apa yang menarik ambil Bachelor of Chemical Engineering UMP. I am in my 3rd year of Bachelor of Chemical Eng. Jadi, korang boleh percaya kot maklumat ni. If you ask me, is this course difficult? I will say,
Yes, it is very difficult. Think twice or never think of taking it.
Dan semua readers pun decline offer UMP dan ejas application lain hahaha. Ok mungkin lebih baik untuk kita mula dengan official website fakulti kejuruteraan kimia UMP. Link seperti yang ditepelkan. Halamak
https://fkksa.ump.edu.my/index.php/en/ |
Sebelum register, korang kenalah buat homework sikit. Nak tahu curriculum structure bagaimana etc semuanya boleh diperoleh di dalam pautan di atas. Tapi kalau korang tengok nama subjek pun, mungkin korang akan garu kepala. Apa-benda-ni.
Sumber: Google (Bangunan Canseleri UMPG yang pertama sekali korang terlihat dari exit tol Gambang) |
1) Lokasi
Well you guys definitely will google where is UMP located in peninsular kan? Ada yang tengah excited ke tu? If you find out that our campus is a lakeside campus, you boleh lepak tepi tasik menikmati secawan kopi panas cap starbucks, you silap. Its our main campus located in Pekan. Course Chemical Eng. di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli terletak di kawasan strategik Lebuhraya Tun Razak Gambang. 5 mins after you exit Gambang from LPT, it is where you'll be studying in. Tak ada tasik, yang ada kepanasan turapan bitumen lebuhraya. But korang datang nak belajar kan? hahaha
2) Akademik
Course catalog dan seangkatannya, I believe you guys boleh check di web fakulti kejuruteraan kimia UMP. If baca tak faham, stop jelah baca. Chemical eng. memang diwujudkan untuk buat students tak faham hahahaha Ok I mean, register dulu. Chemical eng. bukan chemistry yang belajar zarah-zarah kecil semata. Kita study mass and energy balance awak.
Some subjects are taught by turn-teaching way. Maksudnya, satu subjek boleh jadi 3 lecturer ajar. Dan boleh jadi, daripada 10 section kelas tu, kelas you je turn-teaching, which means kelas lain seorang lecturer the whole semester. Fkksa UMP memang mengamalkan elemen-elemen kejutan.
Lecturers are mostly engineering background. Jangan khuatir ya anak-anak. And as far as I know, most lectuerers are from UTM. Saja sebut UTM, nak korang yakin UMP pilihan terpaling tepat. Gitu.
Dan paling bernas, korang akan diletakkan di bawah seorang lecturer. Kita panggil ni penasihat akademik atau PA. PA biasa akan advise korang the dos and donts. Ask away je.
Dan paling bernas, korang akan diletakkan di bawah seorang lecturer. Kita panggil ni penasihat akademik atau PA. PA biasa akan advise korang the dos and donts. Ask away je.
3) Laboratory/ Kilang FKKSA UMP
Dari zaman diploma dulu sampai sekarang, setakat ni lab sama je. Yang bezanya, isu pemakaian PPE (Personal Protective Equipment) yang agak strict. Wajib ada lab coat, safety helmet dan safety shoes ya everytime masuk lab. Kalau tak kena saman jika dihidu pihak management lab. Tapi saman depends lab-teaching engineer, tak adalah kena RM300. Itu you masuk simpang tak bagi signal lepas langgar lampu trafik. Oh tapi I would suggest untuk beli all three items outside/ online. Kalau beli dari CHEST dan lab FKKSA, memang harga dari syurga, mahal.
4) Badan pelajar FKKSA
Atau dikenali as Chemical Eng. Students' Society (CHEST). CHEST ni badan pelajar yang you boleh cari untuk tanya anything regarding the course. CHEST ditubuhkan untuk assist student FKKSA yang bagai terpening-pening lalat mengenai buku, PPE, lokasi kelas, lab, lecturer and subject recommendations etc. You register chemical eng. nanti, akan ada hari suai kenal dengan bangsa-bangsa CHEST ni dan I am one of them. Tapi I jugak yang complaint PPE mahal aik hahahaha #penggunabijak
Dan pabila you dah confirm register, sila follow laman facebook CHEST. Biasanya semua maklumat, program dan announcement penting kita akan update di sana. Link tak perlulah kot sekarang. Instagram, search chestump. Follow ok. Biasa budak yang tak follow ni, tak update pasal news pastu nak emo tak boleh wakil fakulti sukan bola sepak. Team bola sepak fakulti cam power sejak sem lepas hahaha. Gitu.
Dan pabila you dah confirm register, sila follow laman facebook CHEST. Biasanya semua maklumat, program dan announcement penting kita akan update di sana. Link tak perlulah kot sekarang. Instagram, search chestump. Follow ok. Biasa budak yang tak follow ni, tak update pasal news pastu nak emo tak boleh wakil fakulti sukan bola sepak. Team bola sepak fakulti cam power sejak sem lepas hahaha. Gitu.
5) Fasiliti fakulti & universiti
Part ini paling tak tahu nk cerita apa. Sempurna ada, tapi tidaklah se-gah yang disangka. Jangan expect korang akan belajar dalam lecture hall yang bertingkat-tingkat kerusi warna warni itu. Kelas biasa je, kerusi masih empuk dan kelas beraircond. Fasiliti seperti pondok mengulang kaji pelajaran atau dulu sekolah kita panggil sudut bacaan, memang tak ada. Biasanya, students akan study dekat library.
Anyway, jarak antara kolej kediaman (KK) lelaki dan Blok W (blok kelas) macam jauh sikit. Biasanya first year akan beli basikal untuk ke kelas. Kalau hari tu terik, memang basah peluhlah korang. Kalau hujan, pun basah jugak, Korang memang takda pilihan nak elak pun. Akan tetapi, kejadian tersebut tidak berlaku kepada pelajar perempuan. Sebab KK depan mata blok W sahaja. Bolehlah 5 minit sebelum kelas baru kedek-kedek anak itik tokwi berjalan ke kelas.
KK lelaki ada dua iaitu KK2 dan KK4. KK4 ni paling terjauh sekali. Jadi pihak universiti ada sediakan bas setiap pagi untuk ke kelas. Cuma masanya tak sure. Nanti korang register, korang tanya badan pelajar KK masing-masing.
Ok tu je kot nak taip. Harap blog ni bantu sikit korang yang pening-pening dengan course Chemical Eng. UMP. Gambar tak banyak sebab tak nak expose gambar kawan-kawan. Biar korang register dan discover sendiri environment.
Ok. Penat.