Thursday, 5 January 2017

Diploma Kejuruteraan Kimia Universiti Malaysia Pahang

Gambar terbaru UMP Kampus Pekan. Lawanya alahai mak timah

Aku tak pernah terbayangkan life aku akan end up di universiti malaysia pahang. Ya betul, cita-cita aku nak jadi seorang engineer petroleum atau kimia tapi sikit pun aku tak kisah pasal ump dulu. Universiti teknologi pilihan utama? Ha? Apetu? Sejenis kueh kah? Dulu

Di negara kita ni, tak banyak pun universiti awam yang offer bidang kejuruteraan kimia. Adapun uitm, universiti yang aku reject dengan serta merta. Aku bukan anti uitm, cumanya aku tahu kalau aku dapat kejuruteraan kimia uitm, aku akan ke terengganu. Aku tak nak. Terengganu? Hok aloh bohh taknak aku bohh takda mall bohh bosang bohh *nilai-nilai ke-KL-an aku seperti menghasut ketika itu* Belajar pun memilih

Nak dijadikan cerita, bila tamat pengajian di mrsm, aku apply upu. Dan di sinilah bermulanya sebuah cerita cinta dan cita-cita. UMP adalah universiti di tangga teratas dan Uitm - asasi sains di tangga kedua. Beberapa hari selepas ruang wajib terisi dalam upu, aku mula rasa nak tukar kedudukan pilihan universiti. Uitm - asasi sains sepatutnya yang pertama. Tapi apakan daya, jodoh mungkin ada di kuantan kebetulan hari yang aku login upu nak kemaskini maklumat adalah selepas sehari dari tarikh tutup permohonan -___-"

Jadi aku redho kalaupun UMP yang aku dapat, kira bolehlah. Diploma kejuruteraan kimia (DKK) kot. Dan beberapa bulan selepas itu, ketika keputusan upu keluar, jantungku berdegup dungkecakcak tanpa henti, tangan menggeletar kanan dan kiri, aku klik pada button check,

Tahniah! Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
Program: Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses)
IPTA: UMP Universiti Malaysia Pahang

Dan dari sinilah aku belajar erti redho yang sebenar. Ketahuilah semua, kadang-kadang  tak elok kita ada rasa high expectation dalam sesuatu perkara. Kau jangan beranganlah bila masuk universiti kau dapat experience pergi kelas sebesar panggung wayang makin jauh makin kebawah aturan kerusinya, skrin projektor besar depan muka atau terlanggar crush buku terjatuh dalam library nan serba mewah kaya. Lagi-lagi kau memilih untuk menjadi student dkk UMP. Jadi meh aku share sikit realiti hidup student dkk

Fuh macam mana nak mula eh. Emm ok

1. Bagi program dkk, semua student ditempatkan di kampus gambang. Ya, tepi highway orang kuantan keluar masuk nak pergi kolumpo itu. Meskipun di tepi jalan utama, ketahuilah banyak function dia. E.g: 30 minit akses ke bandar kuantan penyebab kebanjiran perkhidmatan sewa kereta, bas rapid keluar masuk macam kampus mak bapak dia dan mempunyai kaunter pembelian tiket bas untuk ke pelosok malaysia kecuali sabah sarawak.

Jika kauorang menetap di kolumpo macam aku, maka senanglah kerja kita. Kita cuma perlu tinggal menunggu bas tiba di pondok bas seberang UMP sahaja. Tak perlu bersusah payah untuk ke terminal. Untuk student kampung halaman di belah pantai timur, kauorang dikehendaki ke terminal sentral kuantan, tak jauh naik kereta dalam 15 minit masa itupun kalau member-member buat jalan macam litar lumba.

Dan, kampus gambang ni kampus biasa-biasa je. Tak secantik kampus pekan. Kampus tu setaraf oxford dah kot. Seni bina dia tip top, tasik entah berapa banyak, luas yakmat sampai minyak kereta motor tu boleh habislah pusing full compound. Kauorang google lah background UMP, tahulah isu dari status kolej ke universiti dan dari gambang ke pekan.

2. Disebabkan kauorang di kampus gambang je, terimalah sebuah kilang (read: lab kimia) yang sebesar padang bola kot. Kot. Kalau nak buat trek balapan pun muat rasanya. Paling penting dilengkapi segala jenis radas eksperimen seperti burit (read: burette), pipit (read: pipette), absorption column, spray dryer etc. 

3. Kampus gambang kecik = bilik lecturer setiap fakulti dalam bangunan yang sama iaitu canseleri. Dia dah bahagikan kawasan untuk setiap lecturer fakulti. Kauorang kena tahu baca signboard dalam canseleri tu. Biasanya untuk first timer, confirm akan sesat dalam tu nak cari bilik lecturer. I did few times and even during my last semester! Masuk dari pintu tepi library keluar pintu belakang canseleri. Masa awal-awal dulu, nak jalan cari tangga entah macam mana tebus jalan ke bilik nc. Haram jadah sangat

4. Kampus gambang kecik = bangunan kelas share untuk kebanyakan course kecuali kejuruteraan perisian dan komputer. Diaorang ada bangunan sendiri, blok Z yang penuh dengan komputer. Apple lab pun ada, kaya jugaklah UMP LOL Senang cerita, kampus gambang tak ada bangunan fakulti yang spesifik dan terasing. Bagus bukan? Tiada lah kauorang naik bosan asyik tengok muka classmates je

5. Kebanyakan student dkk adalah perempuan. Mungkin sebab kimia kan belajar rantaian organik yang complicated dan perempuan suka complicated kan benda. Senanglah untuk para wanita mencari kawan ya. Lagi-lagi jenis yang kena teman pergi toilet tu. Kalau awal-awal pasang niat nak cari jodoh, batalkan.

6. Jaket fakulti royal blue. Kalau mula-mula pakai, semua bising kononnya pekerja TNB. Padahal warna jaket lain betul. Kalau kauorang tengok jaket fakulti lain, baru sedar nak sayang fakulti sendiri. Tapi jaket ni tak wajib pun pakai, ramai student pakai bila malas. Pakaian rajin untuk student dkk adalah baju kurung bagi perempuan dan casual wear bagi lelaki. Aku pun tak faham. Jangan jadi rajin pls

7. Akhir sekali, student dkk biasanya akan dilabel sebagai budak pandai. Aku pernah tanyakan soalan pada senior kenapa student kimia orang label pandai, jawapan dia senang je

sebab bila senior tanya result spm, semua 7A 8A. Majoriti macam itu lah
KEPALA BANA DIA 

Sikap suka melabel student ni patut dibanteras. Tak bestlah bila orang label sesuatu atas diri kita tapi kita tahu yang kita tak sampai limit keupayaan tersebut. Susah nanti kalau ada apa-apa terjadi mulalah ada malaun yang duduk guna

"Student kimia kan pandai-pandai takkan....."

With all respect, that shall be stopped immediately. 

Image result for annoyed face gif

16 comments:

  1. Bestlah post akak nie. saya suka saya suka

    ReplyDelete
  2. Hello sis,may I know how much is the fee for the course??

    ReplyDelete
    Replies
    1. If I'm not mistaken, I paid almost 1600+ during registration. Idk how much they cost u this year

      Delete
  3. hi sis, nk tnya sikit pasal course ni boleh x???

    ReplyDelete
  4. hi. i pun belajar kt ump. degree kimia technology. sama mcm pure kimia tapi plus dgn lab. kalau ada sapa2 nak tanya bleh la tanyaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nk tnya bleh ? Btul ke ump ni rmai yg racist ?

      Delete
  5. Camne lak lau elektrik elektronik enginneering kt ump ? Minta pencerahan

    ReplyDelete
  6. salam sis , syarat kelayakan amik kos ni mcm mna eh ? Boleh terangkan tak ?

    ReplyDelete
  7. salam sis , syarat kelayakan amik kos ni mcm mna eh ? Boleh terangkan tak ?

    ReplyDelete
  8. loji proses tu macam mana ke ada pilihan lain dalam course tu?

    ReplyDelete
  9. loji proses tu macam mana ke ada pilihan lain dalam course tu?

    ReplyDelete
  10. nak no. tel ? nk tanya lah pasal ump ni hehe

    ReplyDelete
  11. hi kak after sambung diploma kejuruteraan kimia ni boleh sambung degree for pharmacist ke ? and after diploma boleh amek degree kat tempat lain ke ?

    ReplyDelete
  12. The 10 Best Places to Play in Las Vegas | DMC
    The best places to play in Las Vegas · Wynn Resort 이천 출장마사지 Las Vegas · Bellagio Resort and Casino · Wynn 충청남도 출장마사지 Tower 대구광역 출장안마 Suites by Marriott Grand · Palazzo Resort 충청북도 출장마사지 by 청주 출장마사지 Wyndham

    ReplyDelete